Maklumat


LATAR BELAKANG
Pusat GIATMARA yang pertama ditubuhkan di Jitra, Kedah pada November 1986 dengan 93 orang pelatih perintis. Kini, terdapat 209 Pusat GIATMARA yang sedang  beroperasi di seluruh Negara. Latihan kemahiran GIATMARA disasarkan kepada belia dan masyarakat setempat. Program latihan dibentuk berdasarkan konsep modular, praktikal (hands-on) dan "employable skills" mengikut keperluan semasa dan ditawarkan secara PERCUMA. Jangkamasa program adalah antara 6-24 bulan. Konsep latihan ini masih dikekalkan dan dikembangkan bagi memberi nilai tambah kursus-kursus yang sedang dilaksanakan di Pusat GIATMARA.

OBJEKTIF
Memberi latihan kemahiran kepada masyarakat bandar dan luar bandar dalam bidang yang bersesuaian dengan keperluan tempatan. Usaha ini diharap dapat meningkatkan taraf hidup individu melalui peluang usaha niaga dan pekerjaan. Sebagai sebuah institusi latihan kemahiran di peringkat akar umbi masyarakat, GIATMARA merealisasikan hasrat kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup dan mengurangkan kadar pengangguran serta gejala kurang sihat di kalangan anggota masyarakat.Program GIATMARA merupakan satu usaha ampuh untuk menggalakkan Bumiputera mempertingkatkan kemahiran teknikal mereka dan menjadi usahawan yang berdaya saing di pasaran terbuka.

KUMPULAN SASAR
•    Mereka yang tidak dapat meneruskan pembelajaran akademik
•    Mereka yang belum pernah mendapat latihan kemahiran bagi tujuan mendapat kerja dan berusaha sendiri
•    Mereka yang hilang pekerjaan dan terpaksa mencari pekerjaan baru
•    Mereka yang ingin menambahkan pengetahuan kemahiran untuk kemajuan kerjaya
•    Mereka yang sedang bekerja dan memerlukan peningkatan tahap kemahiran dalam jurusan yang diceburi
•    Mereka yang berminat menceburi bidang keusahawanan berasaskan kemahiran
•    Ibubapa tunggal
•    Mereka yang ingin belajar berasaskan konsep “Pembelajaran Sepanjang Hayat”.



GIATMARA Gopeng telah dirasmikan pada 12 November 2001 oleh Yang Berhormat Senator Dato' Abdul Aziz Bin Shamshudin. GIATMARA ini mempunyai 7 orang warga kerja yang diketuai oleh Pengurus GIATMARA Gopeng dan warga kerja yang lain terdiri daripada 4 orang Tenaga Pengajar, seorang Pembantu Eksekutif Logistik dan seorang Pembantu Eksekutif Urustadbir. 

Jurusan yang terdapat di GIATMARA Gopeng ialah:
a) Teknologi Sistem Komputer (TSK 15)
b) Fashion And Dressmaking (FND 11)
c) Senireka Gaya Rambut (SGR 23)


CARTA ORGANISASI